Cari @ Amanz

Rekod penerbangan paling lama ialah selama hampir 65 hari dicatatkan pada tahun 1959 menggunakan pesawat Cessna 172. Selama 65 hari pesawat kekal di udara dengan minyak di isu menggunakan sebuah lori.  Selepas lebuh 61 tahun, rekod ini akan cuba dipecahkan oleh pesawat Persistent High Altitude Solar Aircraft (PHASA-35 yang menggunakan kuasa solar.

Pesawat tanpa pemandu ini direka untuk kekal terbang sehingga setahun ini telah melakukan penerbangan sulungnya semalam. Ia dibangunkan oleh Prismatic, sebuah anak syarikat BAE Systems. Apabila beroperasi kelak ia boleh digunakan untuk tujuan risikan, pemantauan kawasan laut, mengesan kebakaran hutan dan banyak lagi.

Dengan kemampuan terbang untuk jangka masa yang lama, PHASA-35 boleh berfungsi seperti sebuah satelit sementara untuk memberikan sambungan peralatan telekomunikasi bagi kawasan pedalaman atau yang baru dilanda bencana alam.

Untuk kekal di udara ia dilengkapi panel solar galium arsenida dan bateri lithium-ion yang membekalkan kuasa kepada dua motor elektrik pada bahagian sayap. Pesawat dengan sayap selebar 35 meter ini mampu terbang sehingga ketinggian 21,000 m dan kelajuan sehingga 145 km/j.

Pristamic menjadualkan lebih banyak penerbangan ujian tahun ini dengan sasaran memulakan operasi penuh kepada pelanggan dalam masa 12 bulan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd