Cari @ Amanz

Dengan perkembangan arena media sosial, salah satu perkara yang sering menjadi kerisauan ramai pihak adalah berkaitan dengan masa lama yang dihabiskan untuk melayari media sosial dan internet. Untuk mengatasinya, sejumlah perkhidmatan telah mula memperkenalkan ciri mengawal had masa penggunaan.

Terbaru, TikTok turut melakukan hal sama melalui pengenalan ciri Family Safety Mode.

Melalui ciri ini, uibu bapa boleh memautkan akaun TikTok mereka ke akaun anak, dan mengawal ciri-ciri Digital Wellbeing.

Antara ciri yang boleh dikawal adalah termasuk berapa lama anak mereka boleh menghabiskan masa di TikTok setiap hari, selain mengehadkan kepada siapa anak-anak mereka boleh menghantar mesej. Disamping itu, ibu bapa juga boleh mengehadkan jenis kandungan yang diakses oleh anak mereka.

Bagi anda yang mempunyai anak menggunakan akaun TikTok, mungkin boleh mengawal masa yang dihabiskan oleh mereka pada laman sosial berkenaan mulai hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd