Cari @ Amanz

Adobe hari ini menyambut ulang-tahun ke-30 untuk Adobe Photoshop. Sejak diperkenalkan dulu, Photoshop telah melalui pelbagai evolusi, dan kini ia ditawarkan dalam bentuk langganan dan menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik, termasuk dengan bantuan kecerdasan buatan Adobe Sensei.


Selari dengan ulang-tahun ke-30 hari ini, Adobe turut mengumumkan sejumlah ciri baru yang akan hadir ke desktop dan juga iPad.

Untuk pengguna desktop, Adobe mengatakan kini ia menyertakan sejumlah penambah-baikkan, termasuk untuk ciri Content-Aware Fill, penambah-baikkan untuk sokongan Lens Blur yang mana kini menggunakan GPU, selain sokongna untuk tema gelap pada Mac OS.

Adobe turut mengatakan yang mana prestasi Photoshop pada desktop kini lebih ditambah-baik, dan ia berfungsi lebih lancar berbanding sebelum ini.

Pada Photoshop untuk IPad pula, kini Adobe menyertakan ciri Object Selection Tool yang dinantikan ramai, kemudahan kawalan typografi, dan beberapa ciri baru lain.

Bagi anda yang menggunakan Photoshop, boleh menyemak kemaskini terbaru ini hari ini, dan terus berkarya dengan perisian yang kini berusia 30 tahun ini. Selamat ulang-tahun, Photoshop!

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd