Lilin Pintar Candle Touch Boleh Dinyalakan Menggunakan Telefon Pintar
Artikel Berkaitan

Lilin Pintar Candle Touch Boleh Dinyalakan Menggunakan Telefon Pintar

Diterbitkan pada Feb 20, 2020 oleh .

Pemintaran objek membolehkan mesin basuh, televisyen, kipas, lampu, mesin basuh dan peti ais dikawal menggunakan aplikasi. Dengan sistem peranti berhubung impian fiksyen sains untuk hidup di dalam rumah yang boleh dikawal sepenuhnya menjadi realiti. Satu objek yang kami yakin ramai tidak menyangka akan dapat dikawal menggunakan aplikasi ialah lilin tetapi ia kini turut menjadi realiti.

Candle Touch ialah lilin pintar yang menyokong tambahan bluetooth. Menerusi aplikasi khas, pengguna boleh menyalakan lilin ini dengan hanya menekan satu butang. Sehingga 10 lilin boleh dikawal secara serentak dengan jarak operasi sehingga 18 meter. Setiap lilin boleh menyala sehingga 40 minit sebelum perlu ditukar.

Aplikasi turut akan memberikan peringatan untuk mematikan api lilin kepada pengguna. Malang sekali untuk mematikan lilin pengguna masih perlu melakukannya secara manual dengan meletakkan penutup kayu yang disertakan.

Bagi yang berminat Candle Touch kini mengumpul dana menerusi laman biayasama Kickstarter pada harga $49 (~RM205) untuk set 1 batang lilin dan tapak kawalan bluetooth.



TIPS & ULASAN