Cari @ Amanz

Kemaskini: Penggunaan Motion Sense dalam Pixel 4 di Malaysia adalah pepijat sahaja. Peranti akan mencadangkan untuk mengaktifkan Motion Sense, namun sebaik sahaja ia diaktifkan – seluruh tetapan dalam Motion Sense terus tidak boleh digunakan. Nampaknya, Motion Sense masih akan kekal terhad di beberapa negara terpilih sahaja.


Android 11 Developer Preview baru sahaja diumumkan oleh Google sebentar tadi. Kali ini, Google hadir dengan program percubaan sistem operasi Android baharu ini lebih awal dari biasa. Android 11 ini adalah versi awal dan ditujukan khusus untuk para pembangun sahaja. Tidak banyak perubahan dari segi antaramuka dan hanya terdapat beberapa sahaja perkara baharu yang diperkenalkan.

Umum sedia maklum yang Pixel 4 hadir dengan sensor radar, iaitu cip Soli. Ia terbina dalam Pixel 4 untuk kawalan gestur atas udara Motion Sense. Sayang sekali, penggunaannya terhad di beberapa negara terpilih sahaja dan jika ingin menggunakannya di Malaysia – peranti Pixel 4 atau Pixel 4 XL perlu diroot untuk menggunakannya. Bukan itu sahaja, cara root juga adalah leceh dan memeningkan kerana tiada sokongan custom recovery untuk flash segala modifikasi. Syukur, dalam Android 11 Developer Preview – Motion Sense sudah dinyahkunci. Saya tidak root Pixel 4 saya dan hanya menyahkunci bootloader sahaja. Motion Sense boleh diakses tanpa sebarang masalah.

Untuk Android 11, Google memperkenalkan kawalan muzik baharu – iaitu menjeda atau memainkan muzik. Sebelum ini, ia hanya terhad untuk langkau/kembali muzik dan mensenyapkan penggera sahaja.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd