Ciri Baru Twitter Memudahkan Proses Menghasilkan Bebenang Daripada Ciapan Lama

Ciri Baru Twitter Memudahkan Proses Menghasilkan Bebenang Daripada Ciapan Lama

Diterbitkan pada Feb 20, 2020 oleh .

Twitter memperkenalkan sokongan menghasilkan bebenang sejak 2017. Dengan ciri ini adalah lebih mudah berkongsi pendapat dengan lebih panjang lebar tanpa had aksara. Hari ini mereka memperkenalkan sebuah lagi ciri bahari yang memudahkan lagi proses menghasilkan bebenang menggunakan ciapan lama.

Pengguna hanya perlu menekan butang menulis ciapan baharu di dalam aplikasi. Tatal ke bawah dan anda akan dapat melihat piliha Continue thread dengan ciapan terakhir diletakkan pada bahagian atas. Tekan butang tiga titik bersebelahan butang Continue thread dan anda senarai ciapan-ciapan terdahulu akan dapat dilihat. Pilih ciapan lama yang ingin dijadikan bebenang berdasarkan senarai yang diberikan.

Dengan ciri baharu ini menyambung perbualan dari ciapan lama dapat dilakukan dengan lebih mudah berbanding mencarinya terlebih dahulu. Pada waktu ini kami hanya dapat mengakses ciri ini pada aplikasi iOS.



TIPS & ULASAN