Cari @ Amanz

Apabila saya mula belajar menggunakan komputer sebagai seorang kanak-kanak, diantara ciri-ciri pertama yang saya diajar guna ialah cut, copy dan paste.

Nama saintis yang bertanggungjawab untuk mencipta ketiga-tiga ciri penting ini ialah Larry Tesler. Ketiga-tiga ciri ini dicipta sewaktu Larry Tesler bekerja di Xerox Palo Alto Research Center bersama-sama dengan Tim Mott melalui perisian menyunting teks yang dinamakan Gypsy.

Terma cut, copy dan paste diberikan oleh kedua-dua saintis ini untuk mempermudahkan pemahaman cara mengolahkan teks didalam perisian tersebut.

Larry Tesler baru-baru ini telah meninggal dunia pada usia 75 tahun, dan sepanjang hidupnya, beliau telah bekerja di beberapa syarikat teknologi gergasi dunia yang lain, seperti Apple Computer dan Amazon dan memegang jawatan-jawatan yang cukup penting di syarikat-syarikat tersebut.

Pemergian Larry Tesler boleh dikatakan satu kerugian yang cukup besar didalam industri perkomputeran kerana khidmat, pengalaman dan pengetahuan beliau yang sangat meluas selama ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd