Cari @ Amanz

Wabak koronavirus telah menyebabkan banyak acara pelancaran peranti dibatalkan atau dipindahkan ke acara atas talian. Vivo ialah sebuah lagi pengeluar yang akan melancarkan peranti baharu mereka Z6 5G pada 29 Februari ini secara atas talian.

Vivo Z6 5G ialah sebuah lagi peranti kelas pertengahan yang dilengkapi cip Snapdragon 765G. kuad kamera utama dan bateri sebesar 5000 mAh yang menyokong pengecasan 44W. Dari imej rasmi yang telah dikongsi oleh Vivo sebelum ini, Z6 5G akan turut mempunyai rekaan lubang kamera pada bahagian hadapan, bonjol kamera berbentuk empat segi dan pengimbas cap jari pada bahagian belakang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd