Sejajar dengan peralihan siaran rangkaian televisyen Malaysia dari menggunakan rangkaian analog ke rangkaian digital, kerajaan Malaysia telah mula mempromosikan penggunaan dekoder MyFreeview kepada rakyat Malaysia sejak dua tahun lalu.
Untuk membantu rakyat-rakyat yang kurang bernasib baik, khususnya golongan OKU dan juga B40, kerajaan telah mengedarkan sebanyak 2 juta dekoder MyFreeview secara percuma kepada golongan ini setakat ini.
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) February 20, 2020
Terkini, untuk membantu lebih ramai lagi rakyat yang tidak mampu untuk membeli dekoder tersebut, Gobind Singh Deo, Menteri Komunikasi Dan Multimedia telah mengumumkan bahawa kerajaan akan mengagihkan 300 ribu dekoder MyFreeview tambahan untuk golongan-golongan tersebut.
Pengagihan telah bermula pada 15 Feb di Kuching, Sarawak. Selepas pengagihan di Kota Kinabalu, @SKMM_MCMC akan meneruskan pengagihan ini di Miri (26-28 Feb), Bintulu (1-2 Mac) dan Sibu (7-8 Mac). (2/2) pic.twitter.com/GQLFeMCbqo
— GobindSinghDeo (@GobindSinghDeo) February 20, 2020
Menurut beliau, dekoder-dekoder tersebut yang bernilai RM30 juta akan ditanggung oleh kerajaan sepenuhnya, untuk memastikan semua rakyat Malaysia, tidak kira latar-belakang sosial dan ekonomi.
Dalam pada itu, pihak kerajaan juga telah mula mengedarkan dekoder-dekoder tersebut kepada komuniti-komuniti yang memerlukan di Sabah dan Sarawak, dimana ia telah bermula sejak minggu lalu dan berterusan hingga bulan hadapan.