Pelbagai aplikasi telah mula menambah sokongan tema gelap pada aplikasi mereka, sekaligus memberikan lebih keselesaan kepada pengguna apabila menggunakannya ketika cahaya gelap – disamping menjimatkan lagi bateri ketika menggunakan peranti dengan panel AMOLED.
Terbaru, turut menambah sokongan tema gelap adalah Facebook Lite. Facebook Lite merupakan aplikasi yang ditawarkan Facebook untuk pengguna dengan peranti berspesifikasi rendah dan sambungan internet sedikit perlahan.
Pengguna boleh mengaktifkan ciri tema gelap ini dengan ke halaman tetapan, dan mengaktifkan ciri “Dark Mode”.
Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah ciri lebih kurang sama akan diperkenalkan pada aplikasi utama Facebook.
- Muat-Turun Facebook Lite untuk Android