Microsoft Ingin Membawa Perisian Sekuriti Ke Android Dan iOS

Diterbitkan pada Feb 21, 2020. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pada hari ini, iOS dan Android merupakan dua sistem operasi mudah-alih yang utama dan digunakan ramai diseluruh dunia. Walaupun sejumlah pihak mengatakan tiada keperluan untuk perisian atau aplikasi sekuriti pada telefon pintar, namun untuk Microsoft, mereka berpendapat sebaliknya.


Microsoft hari ini mengatakan yang mana mereka akan membawa Defender Advanced Threat Protection (ATP) ke sistem operasi Android dan juga iOS.

Melalui penawaran ini, ia akan menjadikan pengalaman pengguna lebih selamat – termasuk mengelak pengguna melayari laman-laman berbentuk phishing, atau serangan secara atas-talian.

Buat masa ini, penawaran sama telah ditawarkan untuk pelayar web, Windows, Mac dan juga Linux.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami