Oppo Mungkin Memperkenalkan Oppo Find X2 Pada 6 Mac

Oppo Mungkin Memperkenalkan Oppo Find X2 Pada 6 Mac

Diterbitkan pada Feb 21, 2020 oleh .

Oppo sebelum ini menjadualkan pengenalan Oppo Find X2 pada MWC 2020 yang sepatutnya berlaku pada awal minggu hadapan. Namun, disebabkan ancaman koronavirus, acara berkenaan ditangguhkan, dan pelbagai pengeluar peranti telah mula menjadualkan kembali acara pelancaran mereka.

Melalui informasi awal yang dikongsikan laman Playfuldroid, kini ia diperkatakan yang mana Oppo Find X2 bakal dilancarkan pada 6 Mac 2020 kelak. Oppo turut dijangka memperkenalkan jam tangan pintar terbaru mereka pada acara sama.

Oppo Find X2 dijangka menawarkan rekaan yang serba baru, dijana cip Snapdragon 865, dan menyertakan skrin pada kadar segar semula 120Hz.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan info rasmi daripada pihak Oppo berkenaan hal ini dalam masa terdekat ini.



TIPS & ULASAN