Cari @ Amanz

Vivo sedia mempunyai sejumlah siri keluarga peranti yang ditawarkan untuk pasaran tempatan, dan salah satunya adalah siri-V. Dibawah siri-V, versi paling terbaru adalah Vivo V17 dan juga Vivo V17 Pro yang telah dilancarkan pada tahun lepas.

Terbaru, Vivo dijangka membawa masuk telefon pintar mereka dibawah siri-V, iaitu Vivo V19 menjelang bulan Mac 2020 ini.

Buat masa ini, spesifikasi berkaitan dengan peranti ini untuk pasaran tempatan masih menjadi tanda tanya. Namun, ia diperkatakan yang mana Vivo V19 bakal dilengkapi dengan dwi-kamera hadapan untuk rakaman gambar swafoto yang dilengkapi kesan bokeh.

Tarikh rasmi, harga dan spesifikasi lanjut berkaitan dengan Vivo V19 ini dijangka akan diketahui dalam masa terdekat.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd