HTC Kembali? Bakal Melancarkan Peranti 5G Tahun Ini
HTC

HTC Kembali? Bakal Melancarkan Peranti 5G Tahun Ini

Diterbitkan pada Feb 23, 2020 oleh .

Suatu ketika dahulu, ada satu jenama peranti pintar yang amat hebat yang berasal dari Taiwan. Jenama ini adalah HTC. Namun, HTC kemudiannya menjadi semakin hambar. Peranti mercu mereka hanya hebat di atas kertas, kemaskini amat lambat dan mereka hanya melancarkan peranti yang dilihat tidak begitu relevan. Sudah dua tahun HTC tiada peranti mercu. Peranti mereka yang terkini hanyalah peranti memfokuskan rantain blok melalui siri Exodus dan siri HTC Desire 19.

Terkini, HTC dilaporkan akan hadir dengan peranti 5G pada tahun ini. Yves Maitre, iaitu CEO baharu HTC sejak September tahun lepas – menyatakan HTC tidak “mati”. Tahun 2020 adalah tahun baharu yang mempunyai banyak peluang untuk HTC. Selain dari peranti 5G, HTC turut akan fokus terhadap kandungan virtual visual. Berkenaan peranti 5G ini masih kurang jelas, sama ada adakah akan ada pelbagai peranti atau satu sahaja. HTC dilaporkan dijangka akan bekerjasama dengan Qualcomm.

Bukan itu sahaja, mereka turut dijangka akan hadir dengan peranti mercu premium. Mungkin dijana dengan Snapdragon 865. Jika ada peranti lain, HTC mempunyai banyak pilihan seperti menggunakan cip Snapdragon 765 atau MediaTek 5G Dimensity. Ini adalah satu berita menarik dan harapnya, peranti HTC baharu ini boleh kembali bersaing dengan peranti lain pada tahun ini dan tidak lagi mengecewakan.



TIPS & ULASAN