iOS 14 Mungkin Akan Menggunakan Skrin Multi-Tugas iPadOS

iOS 14 Mungkin Akan Menggunakan Skrin Multi-Tugas iPadOS

Diterbitkan pada Feb 24, 2020 oleh .

Pada waktu ini apabila skrin multi-tugas iOS 13 dibuka, aplikasi yang dibuka dipaparkan dalam bentuk kad yang bertindih. Jika banyak aplikasi dibuka, tugas mencari aplikasi yang ingin digunakan atau ditutup menjadi agak renyah. Pada iOS 14 mungkin skrin multi-tugas akan akhirnya diubah.

Binaan awak iOS 14 telah tertiris dan menunjukkan skrin multi-tugas yang menyerupai iPad OS. Apabila tatalan bawah ke atas dilakukan pada talan melintas, aplikasi yang dibuka akan disusun dalam bentuk grid bertingkat. Lebih banyak aplikasi dalam dilihat serentak pada skrin menggunakan paparan grid ini.

Turut dapat dilihat ialah skrin tetapan multi-tugas yang membolehkan pemilik iPhone menggunakan paparan grid, kad (seperti iOS 13) atau minimum viable switch yang tidak pula diketahui pada waktu ini.

Menerusi iOS 14 Apple nampaknya memberikan lebih banyak kebebasan kepada pengguna. Minggu lalu telah kami laporkan Apple mungkin akan membenarkan pengguna mengubah aplikasi default buat pertama kali.


TIPS & ULASAN