Cari @ Amanz

Selain daripada membuat peranti-peranti pintar, komputer riba, televisyen dan sebagainya, Samsung juga terkenal untuk pelbagai komponen yang dibina mereka sendiri, seperti cip pemprosesan, storan dan sebagainya.

Samsung telah memulakan operasi kilang EUV (Extreme Ultra Violet) mereka yang dinamakan V1 baru-baru ini, yang akan memfokuskan kepada pembangunan dan pembuatan cip-cip yang menggunakan proses 7nm dan kebawah menggunakan teknologi litografi EUV.

Diantara peranti-peranti yang menggunakan cip 7nm ini adalah seperti peranti-peranti Samsung Galaxy Note 10 dan Samsung Galaxy S20 yang menggunakan cip-cip pemprosesan Exynos 9825 dan Exynos 990.

Kilang EUV V1 ini juga akan digunakan untuk pembangunan dan pembuatan cip-cip pemprosesan 6nm dan 3nm di masa hadapan juga dan jumlah pelaburan menjelang penghujung tahun ini akan mencecah sekitar $6 bilion (~RM24 bilion).

Kilang V1 telah memulakan ujian pembuatan wafer pada pertengahan tahun lepas, dan pembuatan besar-besaran telah mula berjalan bermula bulan ini. Cip-cip pemprosesan tersebut akan mula dihantar kepada pembuat peranti sekitar suku pertama tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd