Sony Umum Kerjasama Strategik Bersama ZEISS Untuk Telefon Pintar Xperia

Sony Umum Kerjasama Strategik Bersama ZEISS Untuk Telefon Pintar Xperia

Diterbitkan pada Feb 24, 2020 oleh .

Sony hari ini mengumumkan kerjasama strategik bersama pihak ZEISS, sekaligus membawa kepakaran dan sokongan pengimejan digital ke telefon pintar Xperia.

Bersama-sama pengumuman kerjasama ini, telefon pintar pertama yang menyertakan optik ZEISS adalah Xperia 1 II. Ia menyertakan sokongan lapisan anti-pantulan, sekaligus menjadikan hasil rakaman dan kualiti rakaman lebih canik dan berkualiti lagi.

Dengan kerjasama ini, Sony dan ZEISS meneruskan visi mereka dalam menetapkan piawaian baru dalam arena fotografi digital. Lanjutan daripada ini, kita mungkin melihat lebih banyak peranti Sony yang hadir dengan sokongan optik ZEISS.



TIPS & ULASAN