BlackShark 3 5G Bakal Dilancarkan Pada 3 Mac

BlackShark 3 5G Bakal Dilancarkan Pada 3 Mac

Diterbitkan pada Feb 24, 2020 oleh .

Black Shark merupakan salah satu syarikat yang memfokuskan kepada penawaran telefon pintar permua. Untuk tahun ini, mereka bakal memperkenalkan Black Shark 3, dimana ia dijangka diperkenalkan pada 3 Mac 2020 kelak.

Buat masa ini, ia diketahui yang mana telefon pintar ini akan dijana dengan bateri 5000mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W.

BlackShark 3

Mengikut desas-desus, BlackShark dijangka melengkapkan telefon pintar ini dengan sokongan Snapdragon 865, dan dijana Android 10. Berkemungkinan, kita akan melihat penggunaan skrin pada kadar segar semula tinggi pada telefon pintar ini kelak.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 3 Mac ini untuk melihat kejutan daripada pihak BlackShark.


TIPS & ULASAN