Selain Xperia 1 II dan Xperia Pro, Sony Xperia 10 II turut diumumkan dalam acara pelancaran secara atas talian yang baru sahaja berakhir. Walaupun mempunyai rekaan yang hampir sama dengan Xperia 1 II, ia sebenarnya sebuah peranti kelas pertengahan.
Xperia 10 II dilengkapi skrin 6″ OLED HFHD+, dijana cip Snapdragon 665. memori sebesar 4GB RAM, storan sebesar 128 dan bateri sebesar 3600 mAh. Bateri boleh dicas semula menggunakan sistem pengecasan pantas.
Kamera utama menggabungkan sensor 12+8+7 MP dan kamera swafoto pula sebesar 8 MP. Tri-kamera utama menggabungkan lensa sudut lebar, ultra sudut lebar dan telefoto zum optikal 2X.
Panel belakang peranti diperbuat daripada Gorilla Glass 6 yang tahan lasak. Melengkapi spesifikasi ialah kemampuan kalis air IP68 yang jarak dilihat pada sebuah peranti kelas pertengahan dan juga bicu audio 3.5mm pada bahagian atas. Sony Xperia 10 II akan ditawarkan bermula musim bunga 2020 tetapi harga masih belum diumumkan pada waktu ini.