Realme hari ini telah pun mengesahkan yang mana mereka bakal hadir dengan gelang tangan pintar tersendiri pada awal Mac 2020 kelak. Bersama-sama dengannya, pihak Realme turut berkongsi memperlihatkan mereka akan melancarkan jam tangan pintar.
Namun, buat masa ini, info lanjut berkenaan dengannya masih tidak diketahui. Pengenalan jam tangan pintar ini dilihat selari dengan visi Realme untuk menjadi jenama gaya hidup, dan bukan dikenali untuk jam tangan pintar semata-mata.
Selain jam tangan pintar, pihak Realme turut merancang untuk memperkenalkan televisyen pintar, barangan audio dan beberapa yang lain.
Kita mungkin mendengar lanjut mengenai penawaran produk gaya hidup dibawah Realme adlam bulan-bulan akan datang.