Cari @ Amanz

Sebentar tadi Huawei Mate Xs telah dilancarkan di Barcelona, Ia adalah sebuah Mate X yang dikemaskini dengan pemproses yang lebih berkuasa, sokongan rangkaian 5G dan rekaan engsel yang ditambah baik berbanding generasi terdahulu.

Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin OLED 6.6″ yang melipat keluar untuk menjadi sebesar 8″ apabila dibuka. Pemproses Kirin 990 5G dipadankan dengan memori sebesar 8GB RAM dan storan sebesar 512GB.

Spesifikasi kamera pula ialah 40+8+16+3D ToF MP yang sama  seperti yang digunakan pada Mate X asal. Sensor telefoto ialah sebesar 8MP dengan kemampuan zum 3X optikal atau 30X digital. Sementara itu sensor sebesar 16 MP pula digunakan pada kamera ultra sudut lebar. Kolaborasi dengan Leica masih diteruskan pada peranti ini.

Bateri yang digunakan pula ialah sebesar 4500 mAh yang menyokong pengecasan pantas 55W Huawei SuperCharge. Menurut Huawei ini membolehkan bateri dicas ke tahap 85% dalam masa 30 minit sahaja.

Engsel sayap helang kini lebih tahan lasak dan tidak lagi mempunyai bahagian sisi bersenggat. Sebaliknya ia digantikan dengan panel logam berbentuk bujur pada bahagian sisi.

Sistem operasi yang digunakan pula ialah EMUI 10 yang berasaskan Android 10 dan dilengkapi sokongan HMS. Huawei Mate Xs akan dijual bermula Mac pada harga €2,499 (~RM 11,326) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd