Cari @ Amanz

Huawei hari ini mengadakan acara rasmi mereka dan berkongsi sejumlah perkara menarik – termasuk pengenalan Huawei Mate Xs, tablet baru dan juga komputer riba baru. Menariknya, bersama-sama pengenalan produk baru, pihak Huawei turut berkongsi secara ringkas berkaitan telefon pintar akan datang mereka, Huawei P40.

Menurut Huawei, mereka akan melancarkan Huawei P40 dan Huawei P40 Pro pada 26 Mac 2020 di Paris.

Buat masa ini, spesifikasi penuh untuknya masih tidak diketahui lagi. Tetapi, Huawei menjanjikan ia sebagai antara peranti mercu 5G terbaik di pasaran, selain dijangka menyertakan sokongan fotografi yang baik bersama-sama dengannya.

Huawei P40 juga bakal dilengkapi dengan Huawei AppGallery, selain sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya.


Seperti biasa, sama-sama kita nantikan 26 Mac 2020 ini untuk mengetahui lanjut mengenai peranti akan datang Huawei ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd