Huawei hari ini telah memperkenalkan telefon pintar boleh-lipat terbaru mereka, iaitu Huawei Mate Xs. Selari dengan pengenalannya, kini pihak Huawei Malaysia turut telah berkongsi mengatakan ia bakal dilancarkan di Malaysia secara rasminya pada 20 Mac 2020 kelak.
Huawei Mate Xs ini hadir dengan skrin 6.6-inci OLED apabila dilipat, dan 8-inci apabila dibuka. Ia dilengkapi cip Kirin 990 5G, selain hadir dengan memori 8GB RAM dan storan 512GB.
Huawei Malaysia dilihat akan memasarkan ia sebagai telefon pintar 5G pertama di Malaysia dengan penawaran skrin boleh-lipat.
Harga jualannya masih tidak diketahui lagi. Kita mungkin akan mendengar lanjut mengenainya dalam masa terdekat ini.