Apple Dijangka Memperkenalkan Mac Berasaskan ARM Tanpa Cip Intel Menjelang 2021

Apple Dijangka Memperkenalkan Mac Berasaskan ARM Tanpa Cip Intel Menjelang 2021

Diterbitkan pada Feb 25, 2020 oleh .

Apple sebelum ini telah dispekulasikan beberapa kali yang mana mereka bakal hadir dengan komputer menggunakan cip pemprosesan tersendiri. Terbaru, penganalisa popular, Ming-Chi Kuo menyasarkan Apple akan hadir dengan Mac menggunakan cip pemprosesan tersendiri menjelang pertengahan pertama 2021 kelak.

Apple dijangka akan menggantikan cip pemprosesan Intel yang digunakan pada Mac masa kini dengan cip tersendiri. Ini sekaligus akan membolehkan Apple lebih mengawal pengeluaran dan pembangunan produk – disamping menawarkan pengoptimasian perisian yang lebih menyeluruh.

Apple dikatakan mungkin menggunakan cip berasaskan ARM pada Mac mereka kelak.

Buat masa ini, Apple menggunakan cip yang direkabentuk sepenuhnya pada iPhone dan iPad. Peralihan penggunaan cip pemprosesan tersendiri ini juga akan sekaligus mengurangkan kebergantungan pihak Apple terhadap pihak lain dalam pengeluaran peranti mereka.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan lanjut sama ada sasaran penganalisa berkaitan penggunaan cip Apple tersendiri di Mac ini tepat atau tidak.



TIPS & ULASAN