Kita sedia melihat pelbagai pengeluar peranti hadir dengan fon telinga nirwayar masing-masing. Terbaru, Honor telah pun memperkenalkan Honor Magic Earbuds, iaitu sebuah lagi fon telinga seumpama Apple AirPods.
Honor Magic Earbuds hadir dengan sokongan sambungan berasaskan Bluetooth 5.0, menyertakan sokongan pembatalan bunyi hingar hibrid, dan dikatakan menawarkan masa penggunaan selama 3.5 jam dengan sekali pengecasan.
Seperti pengeluar lain, ia turut menyertakan sebuah kerangka khas yang menawarkan masa penggunaan sehingga 13 jam bersama dengannya.
Honor Magic Earbuds hadir dalam dua pilihan warna, dan ditawarkan di Eropah pada harga €129 iaitu sekitar RM590. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi berapakah harga penawaran di Malaysia, memandangkan ia kebiasaannya lebih rendah berbanding harga di Eropah.