Jualan Tablet Melonjak Di China Akibat Wabak Koronavirus

Jualan Tablet Melonjak Di China Akibat Wabak Koronavirus

Diterbitkan pada Feb 25, 2020 oleh .

Sudah lebih sebulan wabak Covid-19 melumpuhkan China sehingga angka korban melebihi 1000 orang. Bagi mengekang penyebaran virus SARS-CoV-2, kerajaan China menguatkuasakan perintah berkurung di beberapa daerah sehingga mengakibatkan penduduk terpaksa duduk di rumah sepanjang hari. Menurut laporan Digitimes, ini mengakibatkan jualan tablet meningkat di China.

iPad Baru 2019Tablet digunakan oleh pekerja untuk melakukan tugasan di rumah kerana tidak dibenarkan ke pejabat. Ia turut digunakan oleh pelajar sekolah kerana pembelajaran kini dilakukan sepenuhnya secara atas talian. Akibat permintaan yang tinggi ini harga jualan tablet seperti iPad turut meningkat.

Harga jualan dijangka akan terus meningkat dalam masa terdekat kerana kilang-kilang yang menghasilkan tablet masih belum beroperasi pada kapasiti penuh. Kilang Foxconn misalnya dilaporkan masih beroperasi pada tahap 30% kapasiti berbanding sebelum penularan wabak.



TIPS & ULASAN