Samsung Memulakan Pengeluaran Memori 16GB LPDDR5 RAM Untuk Telefon Pintar

Samsung Memulakan Pengeluaran Memori 16GB LPDDR5 RAM Untuk Telefon Pintar

Diterbitkan pada Feb 25, 2020 oleh .

Dengan pelbagai rekaan telefon pintar yang hampir menyerupai antara satu sama lain, kini pengeluar peranti turut bersaing untuk menawarkan spesifikasi yang tinggi. Selari dengannya, hari ini Samsung mengumumkan pengeluaran pukal untuk memori paling tinggi daripada mereka untuk telefon pintar buat masa ini, iaitu 16GB RAM LPDDR5.

Samsung 16GB LPDDR5

Memori 16GB LPDDR5 ini hadir dengan kadar pemindahan data mencapai 5.5MB/s, sekaligus menjadikan peranti lebih lancar berbanding sebelumnya. Selain daripada itu, ia juga lebih menjimatkan tenaga berbanding penggunaan memori generasi sebelum ini.

Samsung mengatakan mereka akan mempertingkatkan pengeluaran memori 16GB LPDDR5 ini menggunakan teknologi pemprosesan 10nm, dan dijangka digunakan pada pelbagai telefon pintar mercu pada tahun ini.


TIPS & ULASAN