Lenovo ThinkPad L14 Dan L15 Dilengkapi Pilihan CPU Intel vPro Comet Lake Dan AMD Ryzen Pro 4000

Lenovo ThinkPad L14 Dan L15 Dilengkapi Pilihan CPU Intel vPro Comet Lake Dan AMD Ryzen Pro 4000

Diterbitkan pada Feb 25, 2020 oleh .

Lenovo ialah syarikat teknologi yang terkenal untuk siri komputer riba produktiviti ThinkPad mereka yang digunakan bukan sahaja oleh pekerja-pekerja pejabat, tetapi juga industri-industri lain seperti pelajaran, perusahaan dan juga kerajaan.

Lenovo baru memperkenalkan siri komputer riba ThinkPad L14 dan ThinkPad L15 yang akan menggantikan siri komputer riba siri L tahun lepas, iaitu ThinkPad L490 dan juga ThinkPad L590 yang dikuasakan oleh pilihan CPU Intel Comet Lake dan untuk pertama kalinya, AMD Ryzen Pro 4000.

Bermula dengan paparan, Kedua-dua ThinkPad L14 dan L15 dilengkapi dengan skrin bersaiz 14 dan 15 inci yang mempunyai pilihan resolusi dari HD (1280×720) dengan panel TN sehinggalah Full HD (1920×1080) yang menggunakan panel IPS.

Dari segi pilihan CPU pula, pengguna boleh memilih untuk mendapatkan model dengan CPU Intel Comet Lake vPro ataupun AMD Ryzen Pro 4000, memori DDR4 sehingga 64GB dan dari segi storan, storan SSD sebesar 1TB, ataupun cakera keras 2TB untuk model AMD.

Ciri-ciri tambahan yang dapat dilihat pada ThinkPad L14 dan L15 ini termasuklah sokongan untuk sambungan rangkaian nirwayar terbaru WiFi 6 dan juga pengimbas cap jari yang boleh digunakan bersama-sama dengan ciri Windows Hello.

Lenovo turut mengatakan bahawa kedua-dua siri komputer riba ThinkPad L14 dan ThinkPad L15 ini akan mula dijual di pasaran-pasaran tertentu bermula suku kedua tahun ini kelak bermula dari harga $649 (~RM2600).


TIPS & ULASAN