CPU AMD Ryzen 3 2300X Akan Mula Dijual Minggu Depan Pada Harga RM299
AMD

CPU AMD Ryzen 3 2300X Akan Mula Dijual Minggu Depan Pada Harga RM299

Diterbitkan pada Feb 25, 2020 oleh .

Berikutan pengumuman AMD Malaysia sebelum ini dimana CPU AMD Ryzen 5 3500X sudah boleh dibeli di kedai-kedai tempatan, satu lagi CPU AMD Ryzen 3000 dengan harga lebih mampu milik akan memasuki pasaran tempatan tidak lama lagi.

CPU tersebut ialah AMD Ryzen 3 2300X, sebuah CPU dengan empat teras fizikal dan empat bebenang kuasa yang mempunyai kelajuan asas 3.5GHz dan boleh dilewahjam sehingga 4.0GHz dan menggunakan 65W kuasa sahaja.

Sama seperti model Ryzen 5 3500X, CPU Ryzen 3 2300X ini juga akan tiba dengan penyejuk CPU Wraith Stealth yang mempunyai rekaan yang padat. Jika anda ingin membina sebuah komputer dengan komponen-komponen mampu-milik, ini adalah CPU untuk anda.

CPU ini adalah sebahagian daripada siri AMD Ryzen 2000 yang pada mulanya diperkenalkan pada tahun 2018. Sebelum ini, model CPU ini hanya boleh didapati melalui jenama-jenama OEM yang membina komputer untuk dijual, tetapi kini, pengguna boleh membelinya secara kendiri.

Menurut AMD Malaysia, CPU AMD Ryzen 3 2300 ini akan tiba di pasaran tempatan pada 3 Mac kelak, dan akan dijual pada harga RM299.


TIPS & ULASAN