Samsung Galaxy M31 Dilancarkan Di India – Hadir Dengan Kamera 64MP, Bateri 6000mAh
February 25, 2020
Aman
Samsung hari ini telah melancarkan sebuah lagi telefon pintar dibawah siri-M, iaitu Galaxy M31. Buat masa ini, siri-M daripada Samsung dilihat lebih ditujukan untuk pasaran India sahaja.

Samsung Galaxy M31 hadir dengan skrin 6.4-inci FHD+ dengan rekaan bertakuk kecil, dilengkapi cip Exynos 9611, memori sehingga 6GB RAM, dan storan sehingga 128GB.
Melengkapkan telefon pintar ini adalah empat kamera belakang dengan sensor utama 64MP + 8MP + 5MP + 5MP, selain kamera swafoto 32-megapixel.
Menariknya, melengkapkan peranti ini adalah bateri berkapasiti besar, 6000mAh.
Di India, telefon pintar ini akan dijual pada harga Rp.15999 iaitu sekitar RM942.
Komen (0)
Sila log masuk untuk menghantar komen.
Tiada komen lagi.