Cari @ Amanz

iQoo 3 5G Dilancarkan Dengan Snapdragon 865, Memori Sehingga 12GB RAM, Android 10

Oleh Aman

Link Copied!

iQoo, salah satu sub-jenama dibawah Vivo, hari ini telah memperkenalkan telefon pintar terbaru mereka di India, iaitu iQoo 3. Dua variasi diperkenalkan dibawah keluarga peranti baru ini, iaitu iQoo 3 dan juga iQoo 3 5G.

iQoo 3 5G

iQoo 3 hadir dengan skrin 6.44-inci Super AMOLED, menggunakan pengimbas cap jari pada skrin, dijana cip Snapdragon 865, memori 8GB RAM dan 12GB RAM untuk variasi 5G, serta dilengkapi storan sehingga 256GB berasaskan UFS 3.1.

Melengkapkan peranti ini adalah empat kamera belakang dengan sensor utama 48-megapixel + 13MP (telefoto) + 13MP (ultra-lebar) + 2MP (depth). Untuk swafoto, iQoo 3 hadir dengan kamera 16-megapixel dihadapan.

Melengkapkan peranti ini adalah bateri 4440mAh dengan pengecasan pantas 55W, sokongan bicu audio 3.5mm, dan menjalankan Android 10 dilengkapi antaramuka iQoo UI 1.0.

iQoo 3 5G

Buat masa ini, peranti ini hanya dilancarkan di India sahaja, pada harga bermula Rp.36,990 iaitu sekitar RM2177. Tidak diketahui lagi bilakah jenama ini akan dipasarkan untuk negara lain, termasuk Malaysia.

https://www.youtube.com/watch?v=EgSZKyz4XuM


Komen ()