Cari @ Amanz

Dengan pegangan melebihi 70% pasaran telefon pintar dunia, Android ialah sistem operasi yang paling banyak digunakan pada waktu ini diikuti jauh di belakang oleh iOS. Sungguhpun begitu ia masih lagi belum mampu menggantikan sistem operasi desktop yang lebih berkuasa. Sekiranya anda inginkan sebuah telefon pintar yang menggabungkan sistem operasi Android dan Linux, Cosmo Communicator dicipta untuk anda.

Telefon pintar ini bukan sahaja boleh menjalankan dua sistem operasi malah turut hadir dengan sebuah papan kekunci fizikal yang lengkap. Cosmo Communicator dilengkapi skrin 5.9″ FHD+ pada bahagian dalam, skrin 1.91″ pada bahagian luar, dijana cip MediaTek Helio P70, memori 6GB RAM, storan 128GB. kamera utama 24MP, kamera swafoto 5MP dan bateri sebesar 4220 mAh.

Selain Android 9 dan Linux, pengguna turut boleh memasang sistem operasi Sailfish, Linux Debian and Linux Kali. Kesemua ini dimasukkan ke dalam sebuah peranti seberat 326 gram dan setebal 173mm. Bagi yang berminat Cosmo Communicator ditawarkan pada harga £665.83 (~RM 3670.72) sebuah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd