Samsung Health Kini Hadir Dengan Ciri Menjejak Kitaran Haid Dan Tema Gelap

Samsung Health Kini Hadir Dengan Ciri Menjejak Kitaran Haid Dan Tema Gelap

Diterbitkan pada Feb 26, 2020 oleh .

Aplikasi Samsung Health terpasang pada kesemua peranti Samsung bagi memudahkan proses menjejak pelbagai aspek kesihatan dan juga pola tidur. Ia baru sahaja menerima kemas kini ke versi 6.9.0.055 beberapa hari yang lalu dan akhirnya menyokong ciri menjejak kitaran haid serta tema gelap.

Pasca kemas kini menu kiri akan memaparkan notifikasi kitaran haid akan dapat dijejak. Selepas pilihan dilakukan, mod menjejak kitaran haid kini dipaparkan pada muka utama aplikasi. Sekiranya ditekan pengguna boleh menjejak tarikh terakhir haid di dalam kalendar terbina. Dengan ciri ini pengguna aplikasi tidak perlu memuat turun aplikasi berasingan dari Play Store.

Dengan ciri ini Samsung Health mempunyai fungsi menjejak kesihatan yang setanding dengan Apple Health. Ciri menjejak kitaran haid disokong pada Apple Health sejak pertengahan tahun lalu. Kemas kini Samsung Helath boleh dilakukan menerusi Play Store atau Galaxy App hari ini.



Paling Popular