Cari @ Amanz

Jika anda seorang yang gemar membaca dan melihat perkara-perkara mengenai sejarah, tamadun dan budaya dunia, Smithsonian Institution baru-baru ini telah mengeluarkan 2.8 juta gambar 2D dan 3D dengan resolusi tinggi yang boleh dilihat melalui laman web akses terbuka secara percuma.

Di laman web ini, pengguna boleh melihat dan memuat-turun gambar-gambar dari semua muzium, perpustakaan dan pusat penyelidikan dibawah naungan Smithsonian Institution, termasuklah artifak, lukisan, dokumen dan sebagainya.

Setiap gambar yang ditunjuk di laman web tersebut juga mempunyai penjelasan tentang sejarahnya yang cukup menarik sekali. Selain dari melihat dan memuat-turun gambar, pengguna juga boleh mengolah gambar-gambar tersebut dan memuat-naikkannya di internet tanpa perlu risau mengenai isu hak cipta.

Smithsonian Institution turut mengatakan bahawa mereka akan menambahkan lebih banyak gambar di masa akan datang, dan laman web tersebut akan dijadikan lebih interaktif lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd