Cari @ Amanz

Wabak Covid-19 yang disebabkan oleh virus SARS-CoV-2 kini memasuki bulan kedua. Selepas insiden kes baharu mula berkurangan di China, kes baharu di luar China pula meningkat sehingga menimbulkan panik. Seperti biasa di dalam situasi sebegini pihak yang menangguk di air yang keruh mula menawarkan ubat yang didakwa dapat menyembuhkan Covid-19 di pelbagai platform media sosial.

Bagi memerangi amalan perniagaan yang tidak beretika ini, Facebook mula mengharamkan pengiklanan produk yang didakwa dapat menyembuhkan Covid-19 pada platform milik mereka. Penyebaran berita palsu juga telah dilakukan menerusi perkhidmatan semakan fakta luaran yang digunakan oleh mereka sejak akhir-akhir ini.

Pada waktu tiada ubat komersial yang merawat Covid-19 ditawarkan secara terbuka kepada orang awam. Vaksin pertama hanya dijangka akan dihasilkan dalam masa 18 bulan selepas menjalani pelbagai ujian di makmal. Sebagai peringatan penyebaran maklumat palsu mengenai wabak Covid-19 adalah salah di sisi undang-undang Malaysia dan sehingga kini beberapa individu telah dihadapkan ke mahkamah kerana kesalahan ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd