Cari @ Amanz

Oppo Find X2 Bakal Dilancarkan Di Malaysia Pada 10 Mac 2020

Oleh Aman

Link Copied!

Oppo Malaysia hari ini telah berkongsi mengatakan mereka bakal melancarkan Oppo Find X2 secara rasminya untuk pasaran Malaysia pada 10 Mac 2020 kelak.

Ini sekaligus akan memperlihatkan pengenalan peranti terbaru Oppo berkenaan dengan pantas untuk pasaran tempatan – hanya beberapa hari selepas pelancaran globalnya yang dijadualkan pada 6 Mac kelak.

Penawaran penuh Oppo Find X2 masih tidak diketahui lagi. Ia dijangka hadir dilengkapi spesifikasi tinggi, dijana cip Snapdragon 865, dan dilengkapi skrin pada kadar segar semula 120Hz, selain menyertakan pengecas pantas VOOC 2.0 65W.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan awal Mac 2020 ini untuk melihat sendiri penawaran daripada pihak Oppo ini.


Komen ()