Qualcomm Memperlihatkan Rekaan Rujukan Untuk Peranti Realiti Gabungan Dengan Snapdragon XR2

Qualcomm Memperlihatkan Rekaan Rujukan Untuk Peranti Realiti Gabungan Dengan Snapdragon XR2

Diterbitkan pada Feb 26, 2020 oleh .

Peranti realiti gabungan boleh memaparkan kandungan maya di dunia sebenar. Potensinya untuk menghasilkan permainan video yang lebih realistik atau platform latihan masa hadapan adalah amat tinggi. Bagi memudahkan penggunaan cip Snapdragon XR2 mereka, Qualcomm telah memperlihatkan rekaan rujukan set realiti gabungan, realiti maya dan realiti terimbuh mereka.

Set-set realiti berhubung ini boleh menyokong sehingga tujuh kamera. Dua di bahagian dalam set kepala untuk menjejak pergerakan mata. Dua lagi kamera adalah untuk mengambil imej luar untuk dipaparkan pada skrin dalaman dan dua lagi untuk menjejak pergerakan kepala. Sebuah lagi kamera boleh digunakan untuk menjejak pergerakan mulut atau mengesan kedalaman.

Selain itu terdapat pemancar infra merah yang digunakan untuk menjejak pergerakan tangan, sistem audio 3 dimensi, paparan LCD dengan resolusi 2K X 2K dan sensor penjejak 6 DOF elektromagnet dengan masa pendam yang rendah.Menurut Qualcomm, cip Snapdragon XR2 ini mempunyai dua kali ganda kuasa memproses GPU serta GPU, resolusi enam kali lebih tinggi dan kemampuan kecerdasan buatan 11x lebih berkuasa berbanding Snapdragon 835.


TIPS & ULASAN