Google Dilaporkan Berminat Untuk Terus Bekerjasama Dengan Pihak Huawei

Google Dilaporkan Berminat Untuk Terus Bekerjasama Dengan Pihak Huawei

Diterbitkan pada Feb 27, 2020 oleh .

Google pada penghujung minggu lepas, telah mengeluarkan kenyataan berkenaan dengan Huawei, mengatakan peranti terbaru Huawei tidak lagi menerima sokongan aplikasi dan perkhidmatan Google, selain meminta pengguna untuk tidak muat-tepi sebarang aplikasi Google secara tidak rasmi.

Walaupun begitu, kini nampaknya Google masih berminat untuk kekal bekerjasama dengan pihak Huawei. Menurut laporan dari Jerman, ia diperkatakan wakil Google mengatakan mereka telah membuat permohonan kepada kerajaan Amerika Syarikat untuk kekal bekerjasama dengan Huawei.

Ia tidak diketahui lagi sama ada kerajaan Amerika Syarikat akan menawarkan lesen khusus untuk membolehkan Google menawarkan perkhidmatan kepada Huawei atau sebaliknya.

Sebelum ini, Microsoft telah diberikan lesen khas untuk kekal menawarkan perisian kepada pihak Huawei – membolehkan Huawei teruskan menjual komputer riba dengan menggunakan sistem operasi Windows.

Sekiranya Google turut menerima lesen khas berkenaan, maka kita akan dapat melihat Huawei dapat terus menawarkan peranti mereka menggunakan sistem operasi Android dilengkapi perkhidmatan dan aplikasi Google. Ini juga secara tidak langsung akan membuatkan Huawei menjadi pilihan utama ramai pengguna seluruh dunia.



TIPS & ULASAN