Pencipta Kod Konami, Kazuhisa Hashimoto Meninggal Dunia

Pencipta Kod Konami, Kazuhisa Hashimoto Meninggal Dunia

Diterbitkan pada Feb 27, 2020 oleh .

Sekiranya anda peminat permainan video, anda pasti pernah menggunakan atau sekurang-kurangnya tahu apakah itu Konami Code. Dengan memasukkan arahan B,A Start, pemain boleh mengakses mod mengelat dalam puluhan permainan video. Pencipta kod ini Kazuhisa Hashimoto telah meninggal dunia awal pagi ini pada usia 61 tahun.

Kematian beliau diumumkan menerusi akaun media sosial Konami. Kod Konami kali pertama diperkenalkan menerusi permainan Gladius pada tahun 1986 untuk mengakses pelbagai kuasa istimewa. Tetapi mula dikenali ramai selepas digunakan dalam permainan Contra bagi mendapatkan 30 nyawa.

Sejak itu kod mengelat ini digunakan pada permainan lain keluaran bukan sahaja Konami tetapi juga pembangun lain. Antaranya ialah Fortnite, Grand Theft Auto Online, Rocket League dan di bawah alat kawalan Google Stadia.


TIPS & ULASAN