Samsung Galaxy Bud+ Mula Dijual Di Malaysia Hari Ini Pada Harga RM599
Artikel Berkaitan

Samsung Galaxy Bud+ Mula Dijual Di Malaysia Hari Ini Pada Harga RM599

Diterbitkan pada Feb 27, 2020 oleh .

Samsung Galaxy Buds+ dilancarkan serentak dengan Galaxy S20 beberapa minggu yang lalu. Ia membawakan beberapa penambahbaikan berbanding edisi pertama dengan tahap ketahanan bateri yang meningkat hampir dua kali ganda. Bagi yang berminta Galaxy Buds+ boleh dibeli di Malaysia hari ini pada harga RM599 sebuah.

Fon telinga Galaxy Buds+ ialah dari jenis rekaan dalam-telinga yang memberikan pembatalan hingar pasif. Pod pengecasnya menyokong pengecasan nirwayar Qi dan memberikan kuasa tambahan sebanyak 10 jam. Ciri menarik lain yang ditawarkan oleh Galaxy Buds+ ialah mod transparensi dan akhirnya sokongan menyeluruh pada peranti iOS.


TIPS & ULASAN