Cari @ Amanz

Rian Johnson, pengarah filem yang cukup popular untuk tajuk-tajuk filem seperti Star Wars: The Last Jedi dan Knives Out telah secara tidak sengaja memberitahu salah satu daripada rahsia terbesar Hollywood mengenai penggunaan peranti didalam filem.

Sewaktu promosi filem Knives Out, Rian Johnson telah memberitahu sekumpulan para penonton bahawa Apple tidak membenarkan watak-watak jahat didalam filem ataupun siri televisyen untuk menggunakan peranti-peranti mereka.

Apple dilaporkan mempunyai garis panduan mengenai watak-watak yang dibenarkan menggunakan peranti-peranti mereka untuk menggambarkan jenama tersebut secara positif yang mungkin.

Nampaknya selepas ini kita dapat sedikit sebanyak mengetahui siapakah watak jahat tersembunyi apabila menonton siri televisyen ataupun filem.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd