Proses membaca laman web dalam bahasa asing menjadi mudah sejak Google Translate diperkenalkan pada tahun 2013. Jumlah bahasa yang disokong kini meningkat kepada 108 dengan penambahan lima bahasa baharu minggu ini.
Bahasa baharu yang disokong adalah Kinyarwanda, Odia (Oriya), Tatar, Turkmen dan Uighur. Kelima-lima bahasa yang disokong ini digunakan lebih 75 juta pengguna di seluruh dunia dan adalah kali pertama dalam lima tahun sokongan bahasa baharu ditambah oleh Translate.