Cari @ Amanz

Netflix adalah platform penstriman video yang paling popular. Ia menawarkan pelbagai kandungan menarik dari filem, drama, dokumentari atau juga animasi. Netflix juga seperti aplikasi penstriman video yang lain, ia menyokong fungsi chromecast. Sebelum ini, antaramuka skrin memuat hanya memaparkan logo Netflix sahaja. Terkini, Netflix telah mengemaskini dan mengubah antaramuka paparan memuat mereka sebelum kandungan dimainkan.

Antaramuka ini kini memaparkan cadangan kandungan yang mungkin sesuai dengan minat pengguna. Selain itu, paparan Ready to Cast, skrin memuat dan paparan ketika kandungan dijeda turut diubah menjadi lebih kemas dan lebih sedap mata untuk memandang. Antaramuka memuat kini memaparkan peratusan memuat di bahagian bawah dan saiznya kecil, di atasnya terapat judul kandungan dan sedikit butiran seperti episod dan paparan ketika menjeda juga amat kemas. Akhir sekali, paparan ketika sesuatu kandungan taman ditonton – semasa kredit sedang dimainkan cadangan untuk memainkan episod seterusnya kini mempunyai teks yang lebih besar dan tebal.

Ini adalah satu perubahan yang menarik dan tidak lagi kelihatan hambar. Ia mungkin diedarkan secara berperingkat atau kemaskini dari bahagian pelayan. Harapnya, kemaksini ini turut akan diberikan kepada aplikasi Netflix di Android TV.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd