Carian
Air New Zealand Memperlihatkan Konsep Skynest – Tempat Tidur Untuk Penumpang Ekonomi
February 27, 2020 Effi Saharudin

Rekod laluan penerbangan komersial paling lama pada waktu ini dipegang oleh Singapore Airline. Laluan di antara Singapura dan Newark memakan masa hampir 19 jam. Dalam penerbangan ini penumpang ekonomi adalah harus mempunyai kesabaran tinggi kerana ruang kerusi yang kecil dan tiada kemampuan untuk tidur mendatar. Air New Zealand ingin menyelesaikan dilema ini dengan memperkenalkan konsep Economy Skynest.

Menerusi Economy Skynest, enam pod tidur mendatar ditawarkan kepada penumpang kelas ekonomi. Setiap ruang tidur adalah sebesar 200 cm dan selebar 58 cm. Bantal, selimut dan pod pengecas USB turutd ditawarkan pada setiap pod tidur.

Penumpang perlu menempah tempoh menggunakan pod dengan bayaran tambahan. Ia mungkin penyelesaian kreatif kepada masalah sukar untuk tidur pada posisi duduk di dalam penerbangan merentas benua.

Air New Zealand akan membuka laluan Auckland ke New York pada Oktober ini yang mengambil masa hampir 18 jam. Pada waktu ini Economy Skynest masih lagi di peringkat konsep kerana masih belum mendapat kelulusan dari badan keselamatan udara. Sekiranya menerima kelulusan ia akan diperkenalkan menjelang 2021.

Komen