Sewaktu pengumuman pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan tadi, Perdana Menteri interim, Tun Dr. Mahathir telah membuat beberapa pengumuman mengenai fokus kepada pembangunan teknologi tenaga lestari, khususnya tenaga solar.
Pertama ialah Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar & Perubahan Iklim (MESTECC) dilaporkan akan membuka bidaan untuk pembinaan stesen janakuasa tenaga solar dengan output 1400MW yang bernilai RM5 bilion.
Selain dari itu, pembinaan sistem janakuasa tenaga solar ini dijangka akan menjana sebanyak 25,000 pekerjaan untuk rakyat tempatan.
Buat masa ini, butiran seperti bilakah bidaan ini akan dijalankan, bilakah stesen tersebut dijangka akan beroperasi dan lokasi stesen janakuasa tersebut tidak diketahui lagi.
GLC seperti TNB akan melabur RM13 bilion untuk projek lampu jalan LED, grid transmisi dan pemasangan panel solar bumbung pic.twitter.com/nlgW2pRZbY
— BERNAMA (@bernamadotcom) February 27, 2020
Pengumuman kedua pula adalah berkenaan syarikat GLC seperti Tenaga Nasional Berhad yang akan membangunkan projek lampu jalan LED, grid transmisi dan juga pemasangan panel solar diatas bumbung yang dianggarkan akan bernilai RM13 bilion.
Peralihan fokus daripada penggunaan bahan api fosil seperti arang dan petroleum kepada tenaga lestari dilihat sebagai satu permulaan yang baik untuk mengurangkan kadar pencemaran di negara ini. Diharap dengan ini, pokok-pokok di sekitar negara juga tidak perlu digondol dibawah nama pembangunan juga.