MWC: OnePlus 7T Pro Dianugerahkan Peranti Terbaik 2020

MWC: OnePlus 7T Pro Dianugerahkan Peranti Terbaik 2020

Diterbitkan pada Feb 27, 2020 oleh .

Mobile Wolrd Congress ataupun MWC adalah acara teknologi terbesar di Barcelona yang diadakan pada setiap tahun. Dukacitanya pada tahun ini, akibat wabak Covid-19 acara ini terpaksa dibatalkan. Namun, itu tidak bermakna ahli-ahli GSMA seperti juri-juri yang memberi anugerah peranti terbaik tidak bekerja. Ini kerana, peranti terbaik untuk MWC Barcelona 2020 sudah mempunyai pemenang.

OnePlus 7T Pro adalah peranti yang telah dianugerahkan oleh mereka sebagai peranti terbaik untuk MWC Barcelona 2020. Menurut juri-juri, peranti ini tidak dapat ditandingi secara virtual dala, perspektif teknologi. OnePlus 7T Pro dijana dengan cip yang berkuasa, sokongan pengecasan pantas dan menjalankan perisian yang terbaik. Bukan itu sahaja, peranti ini juga mempunyai harga yang berbaloi dan syarikat OnePlus sepatutnya dikenali ramai dalam hal strategi pemasaran yang baik.

Kami tidak menafikan yang peranti OnePlus 7T Pro ini adalah antara yang terbaik. Tetapi pada kami, untuk sesebuah peranti mercu itu sempurna – ia perlu mempunyai ciri-ciri dan fungsi setaraf dengan peranti mercu lain. Antaranya adalah sokongan pengecasan nirwayar dan perlindungan kalis air dan debu. Mungkin jika dipandang dari pemasaran peranti ini di Malaysia ia tidak berbaloi dan mahal. Tetapi di kebanyakan negara, peranti inilah yang paling berbaloi dari nisbah harga-ke-prestasi dalam kategori peranti mercu. Adakah ada di kalangan pembaca Amanz pengguna peranti ini? Pasti anda bangga, kerana saya sendiri merindui peranti ini.


TIPS & ULASAN