Realme 6 Pro Hadir Dengan Skrin 90Hz, Skrin Berlubang Dwi-Kamera & Mungkin Snapdragon 730G

Realme 6 Pro Hadir Dengan Skrin 90Hz, Skrin Berlubang Dwi-Kamera & Mungkin Snapdragon 730G

Diterbitkan pada Feb 27, 2020 oleh .

Realme 6 dan Realme 6 Pro adalah peranti kelas pertengahan utama Realme pada tahun. Poster acah telah pun diterbitkan baru-baru ini dan peranti ini akan dilancarkan pada bulan Mac. Realme 6 dikatakan akan dijana dengan cip MediaTek G90, tetapi bagaimana pula dengan Realme 6 Pro?

Di laman web rasmi Realme di India, Realme telah mengesahkan yang peranti mereka akan mempunyai kuad-kamera. Lensa utama adalah 64MP. Kemudian, mereka turut mengesahkan yang skrin yang mereka gunakan adalah ProDisplay dengan kadar segar semula setinggi 90Hz dan rekaan skrin berlubang dwi-kamera. Bukan itu sahaja, Realme turut mengesahkan yang peranti mereka akan menyokong sistem pengecasan pantas Flash Charge 30W.

Menurut laporan dari 91Mobiles, Realme 6 Pro akan dijana dengan Snapdragon 730G dan dipadankan dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Skrin berlubang dwi-kamera swafoto pula dilaporkan adalah gabungan lensa 20MP + 2MP. Lensa-lensa lain selain 64MP adalah 8MP sudut ultra lebar dan dua lagi lensa adalah 2MP yang mungkin adalah untuk makro dan bokeh. Anggaran harga jualan pula adalah Rs. 14,999 , iaitu sekitar RM883.

Jelas di sini yang Realme ingin bersaing dengan Redmi K30 4G dan mungkin akan dijual pada harga yang lebih murah. Apa-apa pun, mari sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi dari Realme.



TIPS & ULASAN