Kerajaan Menawarkan Baucar Digital RM100 Untuk Pelancongan Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi

Kerajaan Menawarkan Baucar Digital RM100 Untuk Pelancongan Di Bawah Pakej Rangsangan Ekonomi

Diterbitkan pada Feb 28, 2020 oleh .

Wabak Covid-19 yang menular ke peringkat global telah mula memberikan impak negatif terhadap beberapa sektor negara terutamanya pelancongan. Di bawah pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan semalam oleh Perdana Menteri interim Tun Dr Mahathir, baucar digital sehingga RM 100 akan diberikan kepada kesemua rakyat Malaysia.

EkonomiIa boleh digunakan untuk membeli tiket penerbangan domestik, kereta api dan penginapan di hotel berlesen. Mekanisme pemberian dan tarikh pemberian baucar  digital ini tidak diterangkan ketika pengumuman semalam tetapi besar kemungkinan adalah menerusi dompet digital seperti inisiatif eTunai Rakyat  awal tahun ini.

Turut diumumkan ialah pelepasan cukai individu sehingga RM 1,000 untuk perbelanjaan pelancongan domestik. Dengan dua inisiatif pakej rangsangan ekonomi ini, kerajaan berharap impak Covid-19 kepada sektor pelancongan negara dapat dikurangkan.



TIPS & ULASAN