Cari @ Amanz

Mari menaiki mesin cahaya masa dan kembali ke tahun 20o6. Pada tahun tersebut telefon Nokia XpressMusic mula dipasarkan bagi memberikan saingan kepada telefon Sony Ericsson siri W yang menyasarkan penggemar muzik MP3. Bagi peminat yang menantikan peranti XpressMusic, ia berkemungkinan besar dilancarkan semula dalam masa terdekat,

Rekaan telefon baharu Nokia telah tertiris menerusi laman TENAA di China dan dari imej yang dapat dilihat ia mirip rekaan klasik XpressMusic. Telefon pintar selular biasa ini mempunyai papan kekunci T9 dengan panel sisi merah yang digunakan hanya pada peranti XpressMusic.

Spesifikasi yang diketahui setakat ini ialah skrin 2,4″, dijana cip 360 Mhz, memori 8MB, storan 16MB, sokongan kad mikro SD sehingga 32GB, kamera 0.3MP dan bateri sebesar 1200 mAh.

HMD Global telah melancarkan semula beberapa peranti baharu berasaskan rekaan klasik Nokia 3310 dan Nokia 8110. Maka tidak mengejutkan jika peranti XpressMusic dilahirkan semula untuk pengguna moden selepas dihentikan jualannya pada tahun 2009.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd