Celcom Xpax Tawar Pulangan Tunai 10% Untuk Tambah-Nilai Kredit

Celcom Xpax Tawar Pulangan Tunai 10% Untuk Tambah-Nilai Kredit

Diterbitkan pada Feb 28, 2020 oleh .

Celcom hari ini telah mengumumkan yang mana mereka akan mula menawarkan pulangan tunai sebanyak 10% untuk tambah-nilai talian Celcom Xpax bernilai RM10 dan ke atas. Bagi anda yang menggunakan talian prabayar Celcom atau apa yang dikenali dengan Xpax, anda boleh menikmati pulangan tunai ini apabila membuat tambah-nilai melalui aplikasi Celcom Life.

Anda hanya perlu log masuk ke akaun Celcom Life, memautkan akaun Celcom Life anda ke dompet digital Boost, dan seterusnya membuat tambah-nilai ke akaun Xpax anda.

Pulangan tunai sebanyak 10% ditawarkan ke dompet digital Boost. Pulangan tunai ini dihadkan sehingga RM20 untuk seorang pengguna (satu MYKAD) bagi setiap bulan. Celcom menawarkan promosi ini sehingga 30 Jun 2020 kelak.

Xpax Boost

Bagi pengguna Celcom Postpaid pula, pihak Celcom menawarkan rebat sebanyak RM50 untuk setiap akaun apabila anda mendaftar kepada ciri Auto Billing. Sebagai tambahan, sekiranya anda mendaftar untuk bil digital, maka anda turut boleh berjimat tambahan RM10 sebulan.

Celcom mengatakan langkah ini adalah salah satu usaha membantu pengguna tempatan dalam mengurangkan kos hidup – apatah lagi dengan situasi COVID-19 akhir-akhir ini.


TIPS & ULASAN